Laporan Program Webinar “Prosedur Sunat: Nak Senang Atau Nak Selamat?” (W063)

9 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Julai 2025 (Selasa), satu webinar kesihatan bertajuk “Prosedur Sunat: Nak Senang atau Nak Selamat?” telah dianjurkan secara atas talian melalui Google Meet serta disiarkan secara langsung di YouTube dan Facebook. Webinar ini menampilkan Dr. Nadzlee Harith bin Paisol, seorang pakar bedah dan pensyarah dari HSAAS UPM sebagai penceramah jemputan.

Webinar ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh kepada ibu bapa, penjaga, dan warga pendidik mengenai pilihan kaedah berkhatan, aspek keselamatan, risiko serta mitos berkaitan prosedur sunat bagi kanak-kanak lelaki. Penyampaian yang jelas, santai dan berdasarkan fakta menjadikan sesi ini mudah difahami dan bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat.

Program ini menyokong peranan NADI sebagai pusat komuniti yang prihatin terhadap kesejahteraan keluarga dan komuniti setempat. Melalui penyebaran ilmu kesihatan yang sahih, NADI membantu meningkatkan literasi kesihatan masyarakat serta menyumbang kepada keputusan yang lebih bijak dan selamat dalam aspek penjagaan anak-anak. Selain itu, penganjuran secara terbuka dan digital juga meningkatkan keterlihatan peranan NADI dalam menyebar maklumat berkualiti kepada seluruh rakyat Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali